|
Lembu Premium Selection yang di lakukan oleh AJK Majlis Qurban dari Syarikat Yusuf Klang yang mampu memberi harga yang terbaik dan perkhidmatan yang cukup memusakan. (Gambar hiasan) |
|
| Kanan Sekali : Tuan haji Muhd Reezal bin Awang sedang memberi taklimat bagaimana menguruskan ternakan qurban apabila tiba di perkarangan masjid nanti. |
|
Sebahagian dari AJK Majlis Qurban yang hadir pada 25hb October, 2011 untuk menyelaraskan program aturcara Majlis Qurban. |
|
Dari Kanan Tuan Haji Ramli bin Jaafar (Siak II), Ustaz Ismail bi Meon ( Bilal II) , Tuan Haji Raman bin Abu Samah (Imam II) dan Puan Asnah. Antara yang hadir didalam mesyuarat Majlis Qurban 1432H. |
" Kindly ensure all ropes are securely tied to the Lembus. If some of the Lembu`s escape from the scene of qurban, you shall be responsible!" pointed Tuan Haji Kamaruddin.
Dari kiri kekanan : Tuan Haji Yusof bin Mustafa ( Kepala Utama - Pengurusan Tapak dan Keselamatan ) serta Brother Outlaw Tuan Haji Kamaruddin AJK Kecil serta Tuan Haji Mohd Arpi - Setiausaha.
Majlis Ibadah Qurban
10 Zulhijjah 1432H
6hb November, 2011 (Ahad)
Aturcara Majlis
08.30 Solat Sunat Eidul Adha
0930 Majlis dimulakan dengan bacan ayat-ayat Suci AlQuran
( Sarapan & Minuman ringan disediakan sepanjang majlis ini )
0940 Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis.
0950 Taklimat mengenai proses Ibadat Qurban
1030 Qurban Lembu 1-10 secara berturutan dimulakan
1230 Pengagihan daging-daging Qurban kepada peserta-peserta qurban.
1300 Solat Zohor berjemaah.
1330 Makan tengahari
1400 Pembahagian daging qurban kepada mereka yang layak.
1430 Sessi membersihkan kawasan masjid dilaksanakan dengan penuh ikhlas.
Ahli Jawatankuasa Qurban 1432H
1. Penasihat – Tuan Haji Abdul Razak Mohamed
2. Pengarah – Encik Aziz bin Wahab
3. Bendahari - Tuan Haji Abdul Razak Mohamed
4. Urusetia – AF Ustaz Ismael bin Meon
5. AJK Sebutharga/ Memilih Lembu
a. Tuan Haji Abdul Razak Mohamed
b. Tuan Haji Mohd Shah bin Shapiei
c. Kolonel Udara (B) Haji Amer bin Ab Hamid
d. Kapitan (B) Haji Abdul Halim bin Mohammad
e. Tuan Haji Irwan bin Ismet
6. Pengurusan Ternakan Qurban : Tuan Haji Muhd Reezal bin Awang
7. Melapah & menyisir : Tuan Syed Husseein bin Syed Abu Bakar
8. Memotong Tulang : Encik Shukri bin Walat
9. Agihan Daging : Encik Zulkifli bin Ahmad
10. Logistik : Tuan IR Abdul Karim bin Mohamed @ Ismail A
11. Pengurusan Tapak & Keselamatan : Tuan Haji Yusuf bin Mustapha
12. Jamuan : Tuan Azizan bin Tuan Haji Ahmad
13. Muslimat : Puan Hajjah Norrita binti Hassan
Sessi soal jawab bersama dengan AJK Majlis Qurban
Soalan 1 : Tuan AJK yang dihormati sekelian, berapa ekor lembu yang akan di qurban pada tahun ini ?
Jawapan : Insyallah dengan izinnya kita merancan untuk qurban sebanyak 10 ekor lembu pada tahun ini dan ini tidak termasuk satu ekor untuk jamuan Aidil Adha.
Soalan 2: Boleh tuan AJK terangkan di mana dan berapa harga lembu yang di beli?
Jawapan : Terima kasih diatas solan tuan. Lembu lembu kita perolehi dari Syarikat Razak Kelang dengan harga RM2,500 untuk Gred A. Harganya murah serta syarikat ini member perkhidmatan yang baik. Dua Syarikat yang lain ialah Syarikat Tuan Hj Yusuf Ulu Langat dan Jariah Jaya Sg Kandis.
Memandangkan harga yang sama dengan tahun lepas maka harga sebahagian qurban telah ditetapkan kepada RM400 sahaja.
Soalan 3: Adakah pada tahun ini daging-daging qurban akan di agihkan di rumah-rumah disekitar TTDI Jaya di semua kawasan berpagar, tidak berpagar, penghuni apartment, rumah-rumah kedai dan sebagainya seperti yang dilaksanakan pada tahun lepas?
Jawapan : AJK Majlis Qurban telah memutuskan Qurban pada tahun ini akan di beri Kupon. Hanya ahli kariah taman sahaja yang layak menerima kupon ini untuk mengambil daging qurban masing-masing.
Soalan 4: Adakah AJK Urusetia Qurban memerlukan sukarelawan untuk membantu menjayakan Majlis Qurban ini.?
Jawapan : Pihak kami mengalu-alukan sukarelawan yang mahu berkhidmat dengan penuh ikhlas untuk menjayakan majlis ini. Waktu bertugas dari jam 8pagi sehingga jam 2.30petang pada hari kejadiaan tertakluk kepada bidang tugasan yang diberikan.
Tuan boleh hubungi Tuan Haji Mohd Arpi talian 019-3544402 untuk keterangan lanjut. Ketika ini sudah hampir 50 orang petugas bagi menjayakan majlis qurban ini.
Terima kasih.
_____________________________________________________
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at idirusli@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.